Sunday, July 12, 2009

Menjelang Pilihan Raya Manek Urai...

Calon Parti PAS
Calon Parti BN


Menjelang hari mengundi di Manek Urai, yang tinggal beberapa hari lagi, kempen parti yang bertanding semakin rancak dijalankan. Berbagai janji telah ditaburkan bagi memancing undi penduduk Manek Urai.
Parti BN telah menggunakan pembanguanan sebagai salah satu aset untuk memancing undi pengundi. Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini ada mengatakan bahawa Manek Urai akan menjadi 'anak emas' jika BN menang. Selain itu, beliau juga ada menyatakan jambatan baru akan dibina di Manek Urai jika Parti itu menang dalam pilihan Raya.
Manakala Parti PAS pula menjanjikan satu kepimpinan yang amanah dan bersih jika Parti berkenaan menang dalam pilihan raya tersebut.















No comments: