Wednesday, July 29, 2009

snooker 1

snooker


dragon ball merupakan satu animasi dari jepun yang sangat popular di seluruh dunia. penonton animasi ini terdiri dari semua golongan.

Tuesday, July 14, 2009

kemenagan tipis PAS di Manek Urai

PAS telah menang di Manek Urai dengan majoriti 65 undi. Ini adalah angka rasmi yang dikeluarkan oleh SPR.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5348 undi manakala calon BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat mendapat 5283 undi.

Sebanyak 115 kertas undi yang ditolak. Manakala peratus keluar mengundi ialah 87% kira-kira 10,746.Keputusan ini menunjukkan undi PAS merosot sebanyak 398 undi manakala undi BN meningkat sebanyak 889 undi.

Ini menunjukkan bahawa undi yang diperolehi oleh BN telah meningkat. Keadaan ini berlaku kerana penduduk Manek Urai mahukan pembanguanan yang dijanjikan oleh parti BN.

Selain itu, masalah-masalah yang berlaku dalam pakatan juga salah satu penyebab undi yang diperolehi PAS menurun dengan begitu tinggi dan hanya menang dengan majoriti yang amat rendah.

Sunday, July 12, 2009

Menjelang Pilihan Raya Manek Urai...

Calon Parti PAS
Calon Parti BN


Menjelang hari mengundi di Manek Urai, yang tinggal beberapa hari lagi, kempen parti yang bertanding semakin rancak dijalankan. Berbagai janji telah ditaburkan bagi memancing undi penduduk Manek Urai.
Parti BN telah menggunakan pembanguanan sebagai salah satu aset untuk memancing undi pengundi. Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini ada mengatakan bahawa Manek Urai akan menjadi 'anak emas' jika BN menang. Selain itu, beliau juga ada menyatakan jambatan baru akan dibina di Manek Urai jika Parti itu menang dalam pilihan Raya.
Manakala Parti PAS pula menjanjikan satu kepimpinan yang amanah dan bersih jika Parti berkenaan menang dalam pilihan raya tersebut.















Saturday, July 11, 2009

dunia hari ini...



Dunia hari ini iibarat seorang tua yang semakin hampir menunggu hari untuk dipanggil oleh neraka ataupun syurga. Berbagai penyakit yang sedang menimpa dunia pada masa kini yang menunjukkan dunia sudah hampir penghujungnya. Tsunami baru menimpa datanglah lagi berbagai becana alam, jenis penyakit berbahaya pula semakin bertambah (selesma babi ). Manusia harus beringat kepada tuhan dan sentiasa membuat kebaikan di dunia ini.
Manusia harus sedar yang mereka tak boleh berbuat apa-apa bila kiamat sudah menjelang. kerana ianya datang dari kuasa tuhan yang mahu memusnahkan bumi yang sudah dipenuhi dengan dosa.


Wednesday, July 8, 2009