Tuesday, July 14, 2009

kemenagan tipis PAS di Manek Urai

PAS telah menang di Manek Urai dengan majoriti 65 undi. Ini adalah angka rasmi yang dikeluarkan oleh SPR.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5348 undi manakala calon BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat mendapat 5283 undi.

Sebanyak 115 kertas undi yang ditolak. Manakala peratus keluar mengundi ialah 87% kira-kira 10,746.Keputusan ini menunjukkan undi PAS merosot sebanyak 398 undi manakala undi BN meningkat sebanyak 889 undi.

Ini menunjukkan bahawa undi yang diperolehi oleh BN telah meningkat. Keadaan ini berlaku kerana penduduk Manek Urai mahukan pembanguanan yang dijanjikan oleh parti BN.

Selain itu, masalah-masalah yang berlaku dalam pakatan juga salah satu penyebab undi yang diperolehi PAS menurun dengan begitu tinggi dan hanya menang dengan majoriti yang amat rendah.

No comments: